Saturday, June 19, 2010

SALAM PERKENALAN

Selamat Datang ke Blog Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid , Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi.

Mulai Jun 2010, satu unit baru iaitu Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid telah ditubuhkan di setiap PPD di seluruh Malaysia. Di PPD Kota Tinggi, unit ini diketuai oleh En Roslan Bin Mohamad Noh selaku Penolong PPD Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Murid.

Secara dasarnya kewujudan unit ini adalah untuk membantu dan menyelaras ke arah pemantapan perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya di sekolah-sekolah. Semoga kewujudan unit ini akan memberi impak yang cukup besar ke arah memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah akan terus dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Semoga semua pihak, khususnya Guru Bimbingan Kaunseling di daerah ini akan dapat memberikan kerjasama ke arah merealisasikan harapan kita ini. Marilah kita kerja bersama-sama kerana semangat SEBERKAS PENYAPU akan memastikan kita mampu menjalankan peranan dengan semangat berpasukan.

Sekian, terima kasih.

Dpd:
En Roslan Bin Mohamad Noh
Pen. PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid
PPD Kota Tinggi

No comments:

Post a Comment