Friday, October 22, 2010

SEMINAR PEMANTAPAN APLIKASI TEORI RASIONAL EMOTIVE BEHAVIOUR THERAPY DALAM PERKHIDMATAN B&K








TARIKH : 19 OKTOBER 2010 (SELASA)
TEMPAT : INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM
PENCERAMAH : PROF. MADYA DR HJ SHARIFF, UTM SKUDAI
PESERTA : GBK KOTA TINGGI DAN KULAIJAYA

Monday, October 4, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2010

Kepada seluruh pelajar-pelajar Tingkatan 3, diucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menyempurnakan tuhgasan menjawab soalan-soalan peperiksaan. Dan akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Thursday, September 30, 2010

Sunday, September 19, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2010

KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR DIDOAKAN AGAR DIPERMUDAHKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK . BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK.

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH RAKAN-RAKAN GURU BIMBINGAN
DAN KAUNSELING SM DAN SR DAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT
KEARAH MEMARTABATKAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI




Barisan Pegawai/Staff PPD Kota Tinggi diketuai oleh En Samion, TPPD
Berjaya meraih hadiah Johan Sepanduk Terbaik

Thursday, August 26, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN BIMBINGAN KAUNSELING JPNJ

Tarikh : 1 September 2010
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pg
Tempat : PPD Kluang

Pengrusi : Tn Hj Rozman Bin Haron
Penolong Pengarah Kaunseling

Agenda :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Mesyuarat Agung MGKK Negeri
  3. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
  4. Taklimat Kemasukan ke IPTA 2011/2012
  5. Data kedudukan GBK Daerah
  6. Hal-hal lain
Turut hadir:
Pengrusi MGKK SM dan SR

Monday, August 16, 2010

TAKLIMAT DASAR, SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN MURID TING. 4 KE SBP 2011

Tarikh : 17 Ogos 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat SMK Semenchu

Taklmat disampaikan oleh Unit Pengurusan Sekolah. Kumpulan Sasar adalah PK 1 dan GBK SM>

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT DAN MENIKMATI KEHADIRAN RAMADHAN, BULAN YANG PENUH BAROKAH KEPADA RAKAN-RAKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM DAN SR DAN KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIKAN PPD KOTA TINGGI.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEREBUT KELEBIHAN BULAN RAMADHAN INI

TERIMA KASIH

12 CARA KE ARAH KESEJAHTERAAN EMOSI

  1. Membina Persahabatan
  2. Hargai Saat Bersendirian
  3. Hargai Kesihatan
  4. Hargai Keseronokan
  5. Ketahui Matlamat Hidup
  6. Bersedia Menghadapi Masalah
  7. Terima Kritikan Yang Membina
  8. Ambil Risiko Yang Membina
  9. Uruskan Kejayaan Secara Efektif
  10. Dapatkan Sokongan
  11. Kenalpasti Pemikiran Positif Dan Negatif Anda
  12. Lindungi Diri Anda

Monday, August 2, 2010

PROGRAM MEMPERKASA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KOMUNITI PELAJAR ISLAM LUAR BANDAR PARLIMEN KOTA TINGGI




Tarikh : 7 Ogos 2010 (SABTU)
Tempat : Dewan Seri Mahkota, Kg Tuan Seh, Tg Sedili.
Sasaran : Pelajar Tingkatan 5
Perasmian Penutup : Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen KT

Sekolah-sekolah terlibat :

  1. SMK Tan Sri Jaafar Albar
  2. SMK Seri Aman
  3. SMK Bandar Easter
  4. SMK Lokman Hakim
  5. SMK Air Tawar
Pihak PPD merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Mesyuarat Program Tranformasi Pelajar SPM 2010

Tarikh : 3 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 10.00 pg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Pasir Raja, Tmn Laksamana, KT
Pengerusi : S/usaha Biro Pendidikan UMNO Bhg. Tenggara

Program ini merupakan program anjuran bersama Biro Pendidikan UMNO Tenggara bersama UTM Skudai. Sekolah-sekolah terlibat :
  1. SMK Tun Habab
  2. SMK Laksamana
  3. SMK Taman Seri Saujana
  4. SMK Taman Kota Jaya
  5. SM Arab, KT
  6. SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar, Kulaijaya.
Program akan diadakan pada :
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Kolej Perdana, UTM
Perasmian Penutup : Datuk Dr Adham Bin Baba , ADUN Pasir Raja

Tuesday, July 20, 2010

Hari Informasi MAPCU-StudyMalaysia 2010

Tarikh : 22 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Tropical Inn, JB

Perhatian:

Setiap sekolah menengah diminta menghantar seorang GBK untuk mengikuti program tersebut.

Tuesday, July 13, 2010

Taklimat Program Matrikulasi KPM

Tarikh : 14 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan, SMK Tun Habab
Sasaran : Pelajar Ting. 5 Daerah Kota Tinggi, Mersing dan Pasir Gudang

Mesyuarat Pegurusan Kaunseling JPNJ

Tarikh : 13 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Tropical Inn, JB

Thursday, July 8, 2010

Mesyuarat AJK MGKK Kota Tinggi Bil 4/2010

Tarikh : 8 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Semenchu

Terima kasih kepada semua AJK MGKK K Tinggi atas kerjasama sehingga mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih juga kepada En Esham, selaku tuan rumah atas kesudian menerima kunjungan kami.

Wednesday, July 7, 2010

SEMINAR SPM DAN STPM ANJURAN MMU

Pada 6 Julai 2010, MMU dengan kerjasama Unit Kaunseling PPDKT telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan SPM dan STPM yang telah dilangsungkan di SM Vokasional, Kota Tinggi. Seramai 200 orang pelajar dan guru pengiring telah bersama-sama dalam seminar tersebut.

Terima kasih kepada MMU, SMV Kota Tinggi, Kauselor, Guru Pengiring, pelajar dan semua pihak yang terllibat menjayakan seinar tersebut..

Tuesday, July 6, 2010

Program YADIM Bersama Komuniti Tenggara

Tarikh : 26 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Kenanga, Kompleks Perumahan PDRM, Taman Kota Jaya

Tahniah kepada Guru Bimbingan Kaunseling sekolah menengah dalam Parlimen Tenggara yang telah memberikan kerjasa sepanjang program ini.

Bengkel Pembinaan Modul Kunjung Bantu




Tempat : SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi
Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 8.00pg - 5.00 ptg

Saturday, June 19, 2010

Mesyuarat Pengurusan Kaunseling JPNJ

Mesyuarat kali pertama tersebut telah diadakan pada :

Tarikh : 16 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Datuk Onn, Batu Pahat

Agenda:

  1. Bacaan Doa
  2. Ucapan Aluan Tn Hj Rozman Haron, Pen. Pengarah Kaunseling JPNJ
  3. Ucap Utama En Abd Aziz Bin Hj Ridwan, KS Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPNJ
  4. Membincangkan bidang tugas ; Fail Meja dan SKT
  5. Hari Informasi Study Malaysia
  6. Hal-hal lain

SALAM PERKENALAN

Selamat Datang ke Blog Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid , Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi.

Mulai Jun 2010, satu unit baru iaitu Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid telah ditubuhkan di setiap PPD di seluruh Malaysia. Di PPD Kota Tinggi, unit ini diketuai oleh En Roslan Bin Mohamad Noh selaku Penolong PPD Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Murid.

Secara dasarnya kewujudan unit ini adalah untuk membantu dan menyelaras ke arah pemantapan perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya di sekolah-sekolah. Semoga kewujudan unit ini akan memberi impak yang cukup besar ke arah memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah akan terus dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Semoga semua pihak, khususnya Guru Bimbingan Kaunseling di daerah ini akan dapat memberikan kerjasama ke arah merealisasikan harapan kita ini. Marilah kita kerja bersama-sama kerana semangat SEBERKAS PENYAPU akan memastikan kita mampu menjalankan peranan dengan semangat berpasukan.

Sekian, terima kasih.

Dpd:
En Roslan Bin Mohamad Noh
Pen. PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid
PPD Kota Tinggi